Tuesday 3 April 2012

Assalamualaikum readers yang dikasihi sekalian. Hari ni kawe nak cakap pasal makanan. Nampak tak picture kat atas tuh? Pernah tak kalian semua dengar?? Aku pun tak pernah dengar gak sebelum ni sampai la sorang member aku bawak aku pi makan kat sana. Yang aku pi ni kat seksyen 7, dekat-dekat dengan area jakel tu. 

Member aku cakap fast food ni masih baru lagi, jadi masih ramai yang tidak mengetahui tentang Jerry's nih. So, aku pun order la burger ayam satu. Nama spesifiknya aku tak berapa nak ingat so aku panggil burger ayam jo lah. Haha. Da sampai burger tu kat depan aku, alangkah terkezutnya aku melihat size burger itu #bunyicengkerik jap. Haha. Bole dikatakan dua kali ganda burger mcD size nya. Tapi serious aku cakap puas hati cuma aku tak bole nak habiskan oleh kerana kapasiti perut aku yang kecil. Tapi sayang aku lupa lak nak snap pic burger tu, kalau tak da boleh aku tunjuk kat korang. 

Baiklah, pertemuan kita sampai di sini saja. Papehal aku bertandang kat sini lagi. Chiao chi chioa.. Assalamualaikum :D

Assalamualaikum readers sekalian, its been a long time since i left my blog. Da ku sapu bersih laman-laman blog ku yang bersawang nih. Haha. Entri kali ni takde la bombastik sangat. Just nak tunjuk kad Touch 'n Go aku ni ha. Tengok kat sebelah kiri korang. Amacam? Tu aku tengah main chak-chak dengan korang okay. Mohon balas chak-chak aku tuh. haha. Okay sekian assalamualaikum 

Friday 3 February 2012

【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah
berkata, "ALLAHU AKBAR"
【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi,
"LAILLAHA ILLALLAH
MUHAMMADARASULULLAH"
【ツ】 Setelah itu dia berkata,
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI
KUNTU MINADZALIMIN".
【ツ】 Dia menambah sedikit lagi,
"SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH
SUBHANALLAHIL ADZIM "
【ツ】 Dengan mengucapkan semua itu, dia
telah diberi ganjaran yang sangat besar dari
ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mau tahu siapakah orang
yang beruntung itu??
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Assalamulaikum w.b.t semua. How are you? Entri kali ni aku nak bercakap tentang minyak! Minyak apa... minyak masaklah.. Sejak dua menjak ni agak payah nak cari minyak yang ada kat supermarket, kalau ada pun minyak yang mahal dan minyak brand supermarket tu sendiri. Merata aku cari tapi tak dapat-dapat gak. Entah mana pi semua minyak tu pun tak tau la. Buat naya kat orang berniaga makanan je, yela macam mana nak berniaga kalau tak de minyak. Apa pun tak bole -.- 

Ayah aku cakap, tak bagi subsidi lettew. Haha. Kalau nak pilihan raya ni sungguh-sungguh la tolong rakyat, ni tidak, kes lain pulak yang digembar-gemburkan dan dibesar-besarkan kat media. Yang minyak takde ni, takde pulak nak jadi isu. Buat senyap je. Pandai cover line kan? Bagus-bagus, teruskan usaha anda :)

Wednesday 1 February 2012

Tau tak wang fiat tu apa? Wang fiat tu adalah istilah ekonomi, iaitu wang kertas dan duit syiling. Kalau siapa2 yg belajar ekonomi mesti tau apa itu wang fiat. Actually tu sekadar mukadimmah je. Aku nak cerita benda lain, tp berkaitan duit gak. HEHE

Hari ni, baru first time aku dapat melihat dan memegang sendiri duit syiling 20 sen baru tuh. Aduh, punyalah terkejut aku bila pegang duit syiling tu. Da la kecik, ringan pulak tu. Macam takde kualiti pun ada,harapkan warna je emas tp indah khabar dari rupa. HAHA. Aku lagi suka wajah syiling lama. Berat pun berat and yang paling penting ada gak kualiti. 

I think i know why. Harga bahan nak buat syiling tu lg mahal drpd jumlah yg tertera kt syiling tuh. Bila difikirkan secara logik tak berbaloi gak. Takpelah, janji duit tu bole diguna pakai. Jangan takde orang nak ambil sudah la. Lagi satu, Tak sabar nak memegang duit kertas baru. Khabarnya duit tu akan keluar secara rasmi pada Julai 2012. Awat lambat sangat? Lagi cepat lagi bagus kot. Kawe da tak sabar sangat da ni.

Saturday 28 January 2012


Assalamualaikum readers sekalian, kali ni i nak update as u all read dekat title di atas. I'm sure that most of us, including me suka letak laptop atas lutut. Ha, ikuti artikel di bawah tentang kesan-kesannya....

Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam. Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari. Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


PS - Gambar di atas adalah kesan letak komputer atas paha.

Orang tua yg tak sedo diri
BAITULMAQDIS - Seorang ketua agama berpengaruh di Israel telah mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan tuhan patut turunkan penyakit kepada rakyat dan pemimpin Palestin, sabtu lalu. Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef (gambar sebelah) dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel. "Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi. Tuhan patut turunkan penyakit berbahaya kepada pembenci israel ini", katanya. Yosef, 89, sebelum ini pernah mengelusrkan kenyataan sama pada tahun 2001 semasa kebangkitan rakyat palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.

Ternyata yg si Ovadia ni berhatikan syaitan dan tidak berperikemanusiaan, semoga Allah memberi balasan yang setimpal kpd yang menganiaya saudara2 aku di sana. Amin..

;;