Tuesday 3 April 2012

Assalamualaikum readers yang dikasihi sekalian. Hari ni kawe nak cakap pasal makanan. Nampak tak picture kat atas tuh? Pernah tak kalian semua dengar?? Aku pun tak pernah dengar gak sebelum ni sampai la sorang member aku bawak aku pi makan kat sana. Yang aku pi ni kat seksyen 7, dekat-dekat dengan area jakel tu. 

Member aku cakap fast food ni masih baru lagi, jadi masih ramai yang tidak mengetahui tentang Jerry's nih. So, aku pun order la burger ayam satu. Nama spesifiknya aku tak berapa nak ingat so aku panggil burger ayam jo lah. Haha. Da sampai burger tu kat depan aku, alangkah terkezutnya aku melihat size burger itu #bunyicengkerik jap. Haha. Bole dikatakan dua kali ganda burger mcD size nya. Tapi serious aku cakap puas hati cuma aku tak bole nak habiskan oleh kerana kapasiti perut aku yang kecil. Tapi sayang aku lupa lak nak snap pic burger tu, kalau tak da boleh aku tunjuk kat korang. 

Baiklah, pertemuan kita sampai di sini saja. Papehal aku bertandang kat sini lagi. Chiao chi chioa.. Assalamualaikum :D

Assalamualaikum readers sekalian, its been a long time since i left my blog. Da ku sapu bersih laman-laman blog ku yang bersawang nih. Haha. Entri kali ni takde la bombastik sangat. Just nak tunjuk kad Touch 'n Go aku ni ha. Tengok kat sebelah kiri korang. Amacam? Tu aku tengah main chak-chak dengan korang okay. Mohon balas chak-chak aku tuh. haha. Okay sekian assalamualaikum 

Friday 3 February 2012

【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah
berkata, "ALLAHU AKBAR"
【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi,
"LAILLAHA ILLALLAH
MUHAMMADARASULULLAH"
【ツ】 Setelah itu dia berkata,
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI
KUNTU MINADZALIMIN".
【ツ】 Dia menambah sedikit lagi,
"SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH
SUBHANALLAHIL ADZIM "
【ツ】 Dengan mengucapkan semua itu, dia
telah diberi ganjaran yang sangat besar dari
ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mau tahu siapakah orang
yang beruntung itu??
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Assalamulaikum w.b.t semua. How are you? Entri kali ni aku nak bercakap tentang minyak! Minyak apa... minyak masaklah.. Sejak dua menjak ni agak payah nak cari minyak yang ada kat supermarket, kalau ada pun minyak yang mahal dan minyak brand supermarket tu sendiri. Merata aku cari tapi tak dapat-dapat gak. Entah mana pi semua minyak tu pun tak tau la. Buat naya kat orang berniaga makanan je, yela macam mana nak berniaga kalau tak de minyak. Apa pun tak bole -.- 

Ayah aku cakap, tak bagi subsidi lettew. Haha. Kalau nak pilihan raya ni sungguh-sungguh la tolong rakyat, ni tidak, kes lain pulak yang digembar-gemburkan dan dibesar-besarkan kat media. Yang minyak takde ni, takde pulak nak jadi isu. Buat senyap je. Pandai cover line kan? Bagus-bagus, teruskan usaha anda :)

Wednesday 1 February 2012

Tau tak wang fiat tu apa? Wang fiat tu adalah istilah ekonomi, iaitu wang kertas dan duit syiling. Kalau siapa2 yg belajar ekonomi mesti tau apa itu wang fiat. Actually tu sekadar mukadimmah je. Aku nak cerita benda lain, tp berkaitan duit gak. HEHE

Hari ni, baru first time aku dapat melihat dan memegang sendiri duit syiling 20 sen baru tuh. Aduh, punyalah terkejut aku bila pegang duit syiling tu. Da la kecik, ringan pulak tu. Macam takde kualiti pun ada,harapkan warna je emas tp indah khabar dari rupa. HAHA. Aku lagi suka wajah syiling lama. Berat pun berat and yang paling penting ada gak kualiti. 

I think i know why. Harga bahan nak buat syiling tu lg mahal drpd jumlah yg tertera kt syiling tuh. Bila difikirkan secara logik tak berbaloi gak. Takpelah, janji duit tu bole diguna pakai. Jangan takde orang nak ambil sudah la. Lagi satu, Tak sabar nak memegang duit kertas baru. Khabarnya duit tu akan keluar secara rasmi pada Julai 2012. Awat lambat sangat? Lagi cepat lagi bagus kot. Kawe da tak sabar sangat da ni.

Saturday 28 January 2012


Assalamualaikum readers sekalian, kali ni i nak update as u all read dekat title di atas. I'm sure that most of us, including me suka letak laptop atas lutut. Ha, ikuti artikel di bawah tentang kesan-kesannya....

Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam. Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari. Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


PS - Gambar di atas adalah kesan letak komputer atas paha.

Orang tua yg tak sedo diri
BAITULMAQDIS - Seorang ketua agama berpengaruh di Israel telah mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan tuhan patut turunkan penyakit kepada rakyat dan pemimpin Palestin, sabtu lalu. Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef (gambar sebelah) dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel. "Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi. Tuhan patut turunkan penyakit berbahaya kepada pembenci israel ini", katanya. Yosef, 89, sebelum ini pernah mengelusrkan kenyataan sama pada tahun 2001 semasa kebangkitan rakyat palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.

Ternyata yg si Ovadia ni berhatikan syaitan dan tidak berperikemanusiaan, semoga Allah memberi balasan yang setimpal kpd yang menganiaya saudara2 aku di sana. Amin..

Friday 27 January 2012

Speed Dial


As-salam dan salam sejahtera kepada readers sekalian. Kali ni i nak post entri pasal speed dial. Korang semua mesti tau kan apa itu speed dial, so tak perlu la i nak terang kan lg. Hehe. Bukan apa, tetibe lak bole terfikir kalau tetibe i eksiden..macam mana la orang disekeliling yang dtg nak tolong i tu nak contact family i. I tak mintak benda ni berlaku, yela manalah tau malang tidak berbau kan. Anything can happen right? Jadi apa yg i cuba sampai kan adalah, set your relatives number and make it as speed dials. Senang nanti kalau jadi apa2. Tapi kalau phone tu bom terbabom nak buat mcm mana kan.. Okay lah, sampai di sini sje entri i kali ni. Sekian Assalamualaikum :)

Tuesday 24 January 2012

Sebuah hadis nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa' ".

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 kali sehari = 20.571 minit

ini bermakna malaikat maut menziarahi seseorang itu setiap 21 minit.

sumber: www.panduanislam.com

Monday 23 January 2012

As-salam, hari ni aku nak share benda baru kat korang. Mungkin ada yang da tau, tp aku nak tujukan kepada sesiapa yang belum tahu lagi. Aku nak share kod-kod yang korang bole gunakan dekat chatbox FB, untuk memeriahkan lagi conversation korang dekat IM. Ni la kod-kodnya :




Angry Bird - [[166456416741199]]

Shin Chan - [[196431117116365]]

Doraemon - [[155393057897143]]

Spongebob -[[334954663181745]]

Domo - [[250128751720149]]

Tu jela yang aku dapat kongsikan, kalau ada lagi nanti aku post lagi ye. dadaaa~

Jin dipuja dalam cerita-cerita seram dan tahyul. Kita seperti membangkitkan musuh yang sedang tidur. Mereka bangga apabila melihat cerita-cerita mereka menjadi box-office. Pelakon yang terlibat khususnya yang bertindak sebagai bomoh yang membaca mantera dan membuat upacara memanggil jin dengan pembakaran kemenyan, mereka sebenarnya telah diserang oleh makhluk ini. Ini kerana jin tidak faham erti lakonan, baca sahaja apa-apa mantera dan lakonkan perbomohan, secara tidak langsung jin sudah menjadi tuan anda.

Jadi kepada para pelakon semua, tidak takutkah anda dengan apa yang telah diperkatakan di atas? Sekian. As-salam





sumber: majalah Q&A-bil.2 oleh Ustaz Abdul Majid Hassan.

Thursday 12 January 2012

Usia lanjut

11 Januari 2012 


   As-salam semua, hari ni aku nak post special entri sebab hari ni usia aku da berganjak setahun. Cepat betul masa berlalu, padahal aku rasa macam aku ni kanak-kanak ribena lagi semalam. Aku tak bole terima kenyataan yang aku ni da makin tua. Da bole kawen pun, tp belum sampai seru lg. hehe. Well, tua tak tua hidup harus diteruskan juga, apa yang penting amalan aku kepada pencipta aku harus diperbanyakan lagi. 


   Aku happy sangat hari ni sebab ramai yang wish aku di FB, sangat-sangat terharu sebab in real life tak ramai yang wish aku macam kat FB. Kalau bole, aku nak sangat celebrate birthday aku dengan member-member dalam FB nih, sampai macam tu sekali nah. 
Tunggu ada rezeki lebih akan ku merealisasikan hasrat ku ni. InsyaAllah :)


-----------------------------------------------------------------
  10.45 am - Aku keluar dari rumah menuju ke bus stop untuk pergi ke kelas, mak main bus je sekarang tak main da teksi-teksi nih, kontang poket kalau hari-hari naik teksi. Hoh.


  12.00 pm - Aku da sampai Unisel and agak rushing untuk kelas Law aku. Nasib la sir Fahmi bukan seorang yang suka bising-bising.


  2.30 pm - Sesudah kelas, aku rushing lagi gi kelas OM, sempat la gak belajar sikit. Entah masuk ke tidak la apa yg belajar td, mana tak nya, duduk paling belakang sekali bole buat apa je selain huhahuha. hahah


  3.40 pm - Kelas habih doh, member ajak makan mcD ler pulok. Aku pun on jela. Katanya aku tak perlu keluar duit, dia nak belanja. Aku apa lagi, tersipu-sipu malu la. Tapi dalam hati aku dapat detect sikit apa yang bakal berlaku. 


  4.00 pm - Part ni yang paling aku tak gemar, iaitu menunggu bus di bus stop. Kalau sekejap takpe lagi, ni nak dekat sejam tunggu baru sampai. Hampeh betoi. 


  4.10 pm - Nasib baik la Unisel dengan Kompleks PKNS tak berapa nak jauh, takde la aku nak merungut lagi. hahah. Da sampai aku terus ke mcD dalam keadaan yang berdebar-debar memikirkan apa yang aku perlu buat sat gi. 
           Terharu bila member offer nak belanja aku mcD. Bukan selalu tau orang nak belanja nih. Alhamdulillah rezeki aku hari ni..birthday girl la katakan. hahaha. Aku kalau dapat makanan memang tak bunyi suara sampai diorang cakap aku ni lapar sangat la tu sampai makan pun senyap je. Aku diam pun bukan sebab ku ni kebulur sangat, tapi banyak benda yang pop-up dalam mind aku ni.


me and cik fz

our cake :)
  5.00 pm - Lama gak aku nak perabih burger seketul tuh, sebab aku bajet timing aku kat sana sampai pukul 6. Thats why la aku sengaja makan lambat. Da dekat 10 minit lepas makan tu, tetiba kawan aku nyanyi lagu happy birthday sambil bawak kek tu naik. Aku jadi kaget sekejap, ternyata apa yang aku sangkakan tu betul. Aku betul-betul terharu kerana this is my first time celebrating birthday macam nih. I just dont believe it eventhough i can detect it. And at the same time, kawan aku pun dikejutkan sekali, Fairuz namanya. Birthday dia bulan lepas, tapi celebrate sekali dengan aku. Kami sama-sama happy. Walaupun si Fairuz terlibat dalam rancangan mereka, tapi dia tidak tahu yang sambutan tu adalah untuk dia juga. Then, kami pun meniup lilin dan memotong kek bersama-sama. Well, thats the unforgettable moment ever. Tak sia-sia aku berpanas-panas menunggu bus tadi. hahaha. Aku sayang korang. Korang la sahabat aku dunia akhirat. Aku tujukan entri ni kepada Wani, Shira, Fairuz, Scha, Liza, Linda, Aina, Lee, Chai dan Ammar. Thanks kerana menjayakan sambutan hari lahir kami. Aku akan ingat momen ini hingga ke akhir hayat ku walaupun ni adalah kali pertama dan terakhir aku disambut sebegini. 




   Well, have to stop now. Kalau tulis panjang2 lagi pun, confirm da tak best. So, see ya in next entri. sekian, as-salam :)
  
   


   

Tuesday 10 January 2012

First time tengok gambar ni, apa tnggapan korang? Aku tergelak besar kot tengok gambar ni, memikirkan apakah motif diorang buat gitu. Da takde baju ke nak gosok kak oi?? Mungkinkah petua baru? only they know the answer. haha

Friday 6 January 2012

   As-salam kepada readers sekalian, entri kali ni aku nak cerita pasal 'friend' or dalam istilah lain kita panggil sebagai member. Aku bukan sesaje nak update pasal persahabatan ni. Tapi semua liku-liku kehidupan aku sejak dari kanak-kanak lagi dikelilingi oleh insan bernama 'kawan'. Siapa yang tak suka berkawan dengan orang? Ada ke orang yang tak suka berkawan? Macam pelik, tapi tak salah kan kalau aku cakap orang tu sangat-sangat la rugi sebab tak punya kawan. Jujurlah aku cakap, hidup aku memang takkan lengkap tanpa teman. Aku dulu berpendapat kalau hidup sorang-sorang lagi bagus, aman dunia aku..tp ternyata aku silap. Hidup aku terasa sepi dan kosong tanpa kehadiran teman-teman. 


   Aku suka ada ramai kenalan, bukan sebab aku nak merenyam ke hape tapi sekadar untuk bertukar-tukar pandangan sesama sendiri. Erk! bertukar-tukar pandangan? Aku rasa kurang tepat kot, senang cerita bergossip la. hahah. Bergossip pun bertempat gak ek, cuma kadang-kadang kalau terlupa tuh pandai-pandai la nak cover line kan. 


   Aku rindukan zaman kanak-kanak aku yang ibarat seperti pelangi. Hari-hari aku happy je nak gi sekolah, sebab apa..sebab kawan punya pasal. Tak gi sekolah satu hari sakit urat aku tau. Semua memori sering menggamit jiwa ku. Terasa ingin kembali ke zaman dulu. Tak banyak masalah yang timbul time tu, nama pun budak lagi kan, apa yang aku tau. Masalah pun tak payah nak fikir. Ni bila da meningkat tua, masalah yang timbul tak pernah putus. Well, tu la ujian dari yang Maha Esa kepada hambanya. Alhamdulillah aku masih mampu menghadapinya.


Aku sebenarnya nak tau sangat siapa antara member-member aku ni tak suka berkawan dengan aku. Main cakap belakang aku ke kan, or tak puas hati ke dengan aku. Aku nak tau sangat. Setakat ni takde lagi yang mengatakan ketidakpuashatian mereka terhadap aku. Means aku beranggapan yang mereka ni suka berkawan dengan aku. Hopefully. Sebelum aku  mengakhiri entri aku ni, ingin aku bertanya kepada kalian semua.. 'how you define the meaning of friendship?' and aku yakin semua orang pasti ada pandangan sendiri termasuk la aku. InshaAllah untuk entri akan datang aku akan bercerita tentang ini. wallahua'lam. Assalamualaikum :)

;;