Friday, 3 February 2012

Assalamulaikum w.b.t semua. How are you? Entri kali ni aku nak bercakap tentang minyak! Minyak apa... minyak masaklah.. Sejak dua menjak ni agak payah nak cari minyak yang ada kat supermarket, kalau ada pun minyak yang mahal dan minyak brand supermarket tu sendiri. Merata aku cari tapi tak dapat-dapat gak. Entah mana pi semua minyak tu pun tak tau la. Buat naya kat orang berniaga makanan je, yela macam mana nak berniaga kalau tak de minyak. Apa pun tak bole -.- 

Ayah aku cakap, tak bagi subsidi lettew. Haha. Kalau nak pilihan raya ni sungguh-sungguh la tolong rakyat, ni tidak, kes lain pulak yang digembar-gemburkan dan dibesar-besarkan kat media. Yang minyak takde ni, takde pulak nak jadi isu. Buat senyap je. Pandai cover line kan? Bagus-bagus, teruskan usaha anda :)

0 comments:

Post a Comment