Saturday 4 June 2011

Apa Sudah Jadi??



Apa sudah jadi sekarang?? Akhir zaman ni macam-macam yang berlaku pada dunia, khusunya pada remaja- remaja kini, Apa yang paling menyedihkan ialah kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Yang menjadi persoalan sekarang adalah siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa? Masyarakat? Atau Individu?? Daripada kita menunding jari menyalahkan sesama sendiri lebih baik kita bersatu atau berkumpul mencari penyelesaian kepada gejala ini. Gambar di sebelah ini diambil daripada muka depan keratan akhbar

Metro Ahad bertarikh 5.6.2011.

Kisah yang hangat diperkatakan kini di laman sosial Facebook mengenai seorang remaja berusia 14 tahun yang dikenali sebagai Milano Evans yang dikatakan berbangga kerana sudah tiada dara. Nauzubillahminzalik. Namun demikian janganlah kita 'condemn' budak nih, kita hanya perlu berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada remaja tersebut. Yelah, manalah tau perkara ni akan berulang kembali kepada anak-anak atau keturunan kita kalau kita tak sudah2 duk mengutuk remaja nih.

Walaupun begitu, remaja lain harus mengambil iktibar dan menjadikan ini sebagai teladan. Jangan terlalu didorong oleh hawa nafsu, sebaliknya kawal lah nafsu anda, kerana apabila nafsu mula menguasai diri, kita akan hilang pertimbangan dan kewarasan.

Di sini saya ingin berkongsi hadis 36 yang bermaksud :


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara -perkara itu ialah:

  1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

  2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

  3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

  4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

H.R Ibnu Majah

0 comments:

Post a Comment