Sunday 12 June 2011

Atlet Matematik



Atlet matematik? Matematik pun ada atletnya ek? Ni la persoalan yang timbul di benak fikiran aku bila 'first time' dengar perkataan nih. Tapi bila difikirkan balik, memang ada logiknya juga letak istilah atlet kepada sesiapa yang mewakili negara dalam apa jua pertandingan. Tak semestinya atlet tu untuk ahli sukan dok.. haha.

Terdetik hati ku untuk tulis blog ni setelah baca paper kosmo Ahad bertarik 12hb Jun 2011 yang bertajuk "Pakar Matematik Bertaraf Dunia". Sila lihat gbr di sebelah kanan. Nama pemuda ni Suhaimi, berumur 29 tahun dan pencapaian beliau dalam bidang matematik sangat mengagumkan. Yang aku respect kat Mr Suhaimi ni ialah beliau telah mewakili negara dalam Pertandingan Matematik Olimpiad Antarabangsa (IMO) pada usia beliau 16 tahun. Very impressive right? Masa aku form 1 dulu pun terkial-kial lagi nk selesaikan jalan kira math. Bila da masuk U ni, Alhamdulillah aku boleh buat.

Nak diceritakan bukan beliau seorang saja genius math di Malaysia, contohnya adik Adi Putra tuh, baru berusia 11 tahun dah boleh jawab soalan math peringkat universiti. Hebat kan? Tu lah anugerah yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Cuma jangan disalahgunakan saja anugerah yang Allah telah berikan tuh.

Aku juga ingin kongsikan sejarah tokoh-tokoh matematik Islam :

AL-KHAWARIZMI (780-850)
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Sama seperti al-Battani, beliau juga merupakan pakar matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab al-Jabr Wal Mugabalah ( Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan ) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra al-Khawarizmi ke bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.
AL-BATTANI (850-929)
Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau merupakan putera arab dan pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli matematik dan astronomi Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual 'contagents'.

AL-BIRUNI

Abu Arrayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni. Dilahirkan pada 15 September 973. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, geografi, astronomi, fizik dan matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau merupakan oang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6km


Lihat betapa hebatnya ahli-ahli ilmu dalam kalangan umat Islam. Percaya atau tidak Islamlah, yang menelopori bidang ilmu di dunia sebelum barat. Janganlah kita terlalu taksub dengan saintis barat kerana segala apa kajian yang mereka perolehi itu kebanyakannya datang dari sumber utama umat Islam iaitu Al-quran. Cuma mereka menafikan kebenaran yang tedapat dalamNya.

0 comments:

Post a Comment