Monday, 23 January 2012

Jin dipuja dalam cerita-cerita seram dan tahyul. Kita seperti membangkitkan musuh yang sedang tidur. Mereka bangga apabila melihat cerita-cerita mereka menjadi box-office. Pelakon yang terlibat khususnya yang bertindak sebagai bomoh yang membaca mantera dan membuat upacara memanggil jin dengan pembakaran kemenyan, mereka sebenarnya telah diserang oleh makhluk ini. Ini kerana jin tidak faham erti lakonan, baca sahaja apa-apa mantera dan lakonkan perbomohan, secara tidak langsung jin sudah menjadi tuan anda.

Jadi kepada para pelakon semua, tidak takutkah anda dengan apa yang telah diperkatakan di atas? Sekian. As-salam





sumber: majalah Q&A-bil.2 oleh Ustaz Abdul Majid Hassan.

Thursday, 12 January 2012

Usia lanjut

11 Januari 2012 


   As-salam semua, hari ni aku nak post special entri sebab hari ni usia aku da berganjak setahun. Cepat betul masa berlalu, padahal aku rasa macam aku ni kanak-kanak ribena lagi semalam. Aku tak bole terima kenyataan yang aku ni da makin tua. Da bole kawen pun, tp belum sampai seru lg. hehe. Well, tua tak tua hidup harus diteruskan juga, apa yang penting amalan aku kepada pencipta aku harus diperbanyakan lagi. 


   Aku happy sangat hari ni sebab ramai yang wish aku di FB, sangat-sangat terharu sebab in real life tak ramai yang wish aku macam kat FB. Kalau bole, aku nak sangat celebrate birthday aku dengan member-member dalam FB nih, sampai macam tu sekali nah. 
Tunggu ada rezeki lebih akan ku merealisasikan hasrat ku ni. InsyaAllah :)


-----------------------------------------------------------------
  10.45 am - Aku keluar dari rumah menuju ke bus stop untuk pergi ke kelas, mak main bus je sekarang tak main da teksi-teksi nih, kontang poket kalau hari-hari naik teksi. Hoh.


  12.00 pm - Aku da sampai Unisel and agak rushing untuk kelas Law aku. Nasib la sir Fahmi bukan seorang yang suka bising-bising.


  2.30 pm - Sesudah kelas, aku rushing lagi gi kelas OM, sempat la gak belajar sikit. Entah masuk ke tidak la apa yg belajar td, mana tak nya, duduk paling belakang sekali bole buat apa je selain huhahuha. hahah


  3.40 pm - Kelas habih doh, member ajak makan mcD ler pulok. Aku pun on jela. Katanya aku tak perlu keluar duit, dia nak belanja. Aku apa lagi, tersipu-sipu malu la. Tapi dalam hati aku dapat detect sikit apa yang bakal berlaku. 


  4.00 pm - Part ni yang paling aku tak gemar, iaitu menunggu bus di bus stop. Kalau sekejap takpe lagi, ni nak dekat sejam tunggu baru sampai. Hampeh betoi. 


  4.10 pm - Nasib baik la Unisel dengan Kompleks PKNS tak berapa nak jauh, takde la aku nak merungut lagi. hahah. Da sampai aku terus ke mcD dalam keadaan yang berdebar-debar memikirkan apa yang aku perlu buat sat gi. 
           Terharu bila member offer nak belanja aku mcD. Bukan selalu tau orang nak belanja nih. Alhamdulillah rezeki aku hari ni..birthday girl la katakan. hahaha. Aku kalau dapat makanan memang tak bunyi suara sampai diorang cakap aku ni lapar sangat la tu sampai makan pun senyap je. Aku diam pun bukan sebab ku ni kebulur sangat, tapi banyak benda yang pop-up dalam mind aku ni.


me and cik fz

our cake :)
  5.00 pm - Lama gak aku nak perabih burger seketul tuh, sebab aku bajet timing aku kat sana sampai pukul 6. Thats why la aku sengaja makan lambat. Da dekat 10 minit lepas makan tu, tetiba kawan aku nyanyi lagu happy birthday sambil bawak kek tu naik. Aku jadi kaget sekejap, ternyata apa yang aku sangkakan tu betul. Aku betul-betul terharu kerana this is my first time celebrating birthday macam nih. I just dont believe it eventhough i can detect it. And at the same time, kawan aku pun dikejutkan sekali, Fairuz namanya. Birthday dia bulan lepas, tapi celebrate sekali dengan aku. Kami sama-sama happy. Walaupun si Fairuz terlibat dalam rancangan mereka, tapi dia tidak tahu yang sambutan tu adalah untuk dia juga. Then, kami pun meniup lilin dan memotong kek bersama-sama. Well, thats the unforgettable moment ever. Tak sia-sia aku berpanas-panas menunggu bus tadi. hahaha. Aku sayang korang. Korang la sahabat aku dunia akhirat. Aku tujukan entri ni kepada Wani, Shira, Fairuz, Scha, Liza, Linda, Aina, Lee, Chai dan Ammar. Thanks kerana menjayakan sambutan hari lahir kami. Aku akan ingat momen ini hingga ke akhir hayat ku walaupun ni adalah kali pertama dan terakhir aku disambut sebegini. 




   Well, have to stop now. Kalau tulis panjang2 lagi pun, confirm da tak best. So, see ya in next entri. sekian, as-salam :)
  
   


   

Tuesday, 10 January 2012

First time tengok gambar ni, apa tnggapan korang? Aku tergelak besar kot tengok gambar ni, memikirkan apakah motif diorang buat gitu. Da takde baju ke nak gosok kak oi?? Mungkinkah petua baru? only they know the answer. haha

Friday, 6 January 2012

   As-salam kepada readers sekalian, entri kali ni aku nak cerita pasal 'friend' or dalam istilah lain kita panggil sebagai member. Aku bukan sesaje nak update pasal persahabatan ni. Tapi semua liku-liku kehidupan aku sejak dari kanak-kanak lagi dikelilingi oleh insan bernama 'kawan'. Siapa yang tak suka berkawan dengan orang? Ada ke orang yang tak suka berkawan? Macam pelik, tapi tak salah kan kalau aku cakap orang tu sangat-sangat la rugi sebab tak punya kawan. Jujurlah aku cakap, hidup aku memang takkan lengkap tanpa teman. Aku dulu berpendapat kalau hidup sorang-sorang lagi bagus, aman dunia aku..tp ternyata aku silap. Hidup aku terasa sepi dan kosong tanpa kehadiran teman-teman. 


   Aku suka ada ramai kenalan, bukan sebab aku nak merenyam ke hape tapi sekadar untuk bertukar-tukar pandangan sesama sendiri. Erk! bertukar-tukar pandangan? Aku rasa kurang tepat kot, senang cerita bergossip la. hahah. Bergossip pun bertempat gak ek, cuma kadang-kadang kalau terlupa tuh pandai-pandai la nak cover line kan. 


   Aku rindukan zaman kanak-kanak aku yang ibarat seperti pelangi. Hari-hari aku happy je nak gi sekolah, sebab apa..sebab kawan punya pasal. Tak gi sekolah satu hari sakit urat aku tau. Semua memori sering menggamit jiwa ku. Terasa ingin kembali ke zaman dulu. Tak banyak masalah yang timbul time tu, nama pun budak lagi kan, apa yang aku tau. Masalah pun tak payah nak fikir. Ni bila da meningkat tua, masalah yang timbul tak pernah putus. Well, tu la ujian dari yang Maha Esa kepada hambanya. Alhamdulillah aku masih mampu menghadapinya.


Aku sebenarnya nak tau sangat siapa antara member-member aku ni tak suka berkawan dengan aku. Main cakap belakang aku ke kan, or tak puas hati ke dengan aku. Aku nak tau sangat. Setakat ni takde lagi yang mengatakan ketidakpuashatian mereka terhadap aku. Means aku beranggapan yang mereka ni suka berkawan dengan aku. Hopefully. Sebelum aku  mengakhiri entri aku ni, ingin aku bertanya kepada kalian semua.. 'how you define the meaning of friendship?' and aku yakin semua orang pasti ada pandangan sendiri termasuk la aku. InshaAllah untuk entri akan datang aku akan bercerita tentang ini. wallahua'lam. Assalamualaikum :)

Wednesday, 15 June 2011





First of all aku nak ucapkan tahniah kepada pengarah dan krew-krew filem cerita Kongsi dan KL gangster yang tengah hangat kat pawagam sekarang. Korang memang kasi panggung letup la bro. Ada bakat sungguh korang ni, (nk sunting Syamsul Yusuf jadi laki aku bole tak?)haha, berangan tak sudah lah kau Lia !Okay biar situ.

Ni cerita yang nak aku sampaikan sebenarnya, beberapa hari lepas ditayangkan cerita KL Gangster nih naik pulak satu isu. Pasai Pekida nak saman kedua-dua pengarah mudo nih, bukan setakat pengarah, dengan penerbit-penerbit sekali diorang nak saman. Dengar-dengar cerito mereka ni tak puas hati dengan istilah yang digunakan dalam kedua-dua cerita nih iaitu istilah 'ayahanda' dengan abang long. Yang aku pelik, takkan sebab istilah ni, pekida nak saman kedua-dua pengarah nih. Macam tak patut pun ada, yela gelaran ayahanda dengan pak long tu sape-sape bole guna, takde 'chop' pun kat gelaran tuh sape yg bole guna sape yang tak.


Lagi satu, bole lak isu ni jadi publisiti meluas. Keluar semua paper. VC yang diarahkan oleh oleh seorang artis ni takde pulak media nak ambik port sangat macam isu kat atas, pelakon VC ni ada dua, sorang islam and sorang lagi non-muslim. Takde pulak sape-sape nk amik tindakan ke atas mamat ni. Memang la pasaran VC tuh untuk luar negara, tapi agak-agak la bro, kau tu Islam, pelakon VC tu pun Islam, takkan takde sensitiviti kot dalam diri korang? This is not about our mentality, its about your mentality actually. Ggrrr! Kalau kau rasa nama kau bole naik dengan menghasilkan VC camni, silap besar la derr! Mana pigi FINAS? SENIMAN? Hello ,is anybody home? I dont think so..


Sunday, 12 June 2011



Atlet matematik? Matematik pun ada atletnya ek? Ni la persoalan yang timbul di benak fikiran aku bila 'first time' dengar perkataan nih. Tapi bila difikirkan balik, memang ada logiknya juga letak istilah atlet kepada sesiapa yang mewakili negara dalam apa jua pertandingan. Tak semestinya atlet tu untuk ahli sukan dok.. haha.

Terdetik hati ku untuk tulis blog ni setelah baca paper kosmo Ahad bertarik 12hb Jun 2011 yang bertajuk "Pakar Matematik Bertaraf Dunia". Sila lihat gbr di sebelah kanan. Nama pemuda ni Suhaimi, berumur 29 tahun dan pencapaian beliau dalam bidang matematik sangat mengagumkan. Yang aku respect kat Mr Suhaimi ni ialah beliau telah mewakili negara dalam Pertandingan Matematik Olimpiad Antarabangsa (IMO) pada usia beliau 16 tahun. Very impressive right? Masa aku form 1 dulu pun terkial-kial lagi nk selesaikan jalan kira math. Bila da masuk U ni, Alhamdulillah aku boleh buat.

Nak diceritakan bukan beliau seorang saja genius math di Malaysia, contohnya adik Adi Putra tuh, baru berusia 11 tahun dah boleh jawab soalan math peringkat universiti. Hebat kan? Tu lah anugerah yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Cuma jangan disalahgunakan saja anugerah yang Allah telah berikan tuh.

Aku juga ingin kongsikan sejarah tokoh-tokoh matematik Islam :

AL-KHAWARIZMI (780-850)
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Sama seperti al-Battani, beliau juga merupakan pakar matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab al-Jabr Wal Mugabalah ( Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan ) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra al-Khawarizmi ke bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.
AL-BATTANI (850-929)
Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau merupakan putera arab dan pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli matematik dan astronomi Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual 'contagents'.

AL-BIRUNI

Abu Arrayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni. Dilahirkan pada 15 September 973. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, geografi, astronomi, fizik dan matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau merupakan oang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6km


Lihat betapa hebatnya ahli-ahli ilmu dalam kalangan umat Islam. Percaya atau tidak Islamlah, yang menelopori bidang ilmu di dunia sebelum barat. Janganlah kita terlalu taksub dengan saintis barat kerana segala apa kajian yang mereka perolehi itu kebanyakannya datang dari sumber utama umat Islam iaitu Al-quran. Cuma mereka menafikan kebenaran yang tedapat dalamNya.

Saturday, 4 June 2011



Apa sudah jadi sekarang?? Akhir zaman ni macam-macam yang berlaku pada dunia, khusunya pada remaja- remaja kini, Apa yang paling menyedihkan ialah kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Yang menjadi persoalan sekarang adalah siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa? Masyarakat? Atau Individu?? Daripada kita menunding jari menyalahkan sesama sendiri lebih baik kita bersatu atau berkumpul mencari penyelesaian kepada gejala ini. Gambar di sebelah ini diambil daripada muka depan keratan akhbar

Metro Ahad bertarikh 5.6.2011.

Kisah yang hangat diperkatakan kini di laman sosial Facebook mengenai seorang remaja berusia 14 tahun yang dikenali sebagai Milano Evans yang dikatakan berbangga kerana sudah tiada dara. Nauzubillahminzalik. Namun demikian janganlah kita 'condemn' budak nih, kita hanya perlu berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada remaja tersebut. Yelah, manalah tau perkara ni akan berulang kembali kepada anak-anak atau keturunan kita kalau kita tak sudah2 duk mengutuk remaja nih.

Walaupun begitu, remaja lain harus mengambil iktibar dan menjadikan ini sebagai teladan. Jangan terlalu didorong oleh hawa nafsu, sebaliknya kawal lah nafsu anda, kerana apabila nafsu mula menguasai diri, kita akan hilang pertimbangan dan kewarasan.

Di sini saya ingin berkongsi hadis 36 yang bermaksud :


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara -perkara itu ialah:

  1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

  2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

  3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

  4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

H.R Ibnu Majah

;;